PELAJAR
GURU
KAKI TANGAN
KELAS
Profil Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
SMK Saujana Utama telah dibuka pada 22 Mei 2003. SMK Saujana Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.
SMKSU mula beroperasi pada Jun 2003 (1 sesi persekolahan) dengan bilangan pelajar 65 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Ketika itu hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan 2. Namun dengan pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumahan Saujana Utama ini, bilangan pelajar di SMK Saujana Utama juga telah meningkat secara mendadak pada 7 buah kelas pada tahun 2004 dan tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2015 bilangan kelas dijangka mencecah 80 buah kelas.
SMK Saujana Utama mempunyai keluasan 12 ekar (486 hektar). Terdapat 7 bangunan termasuk blok-blok kelas, 1 blok pentadbiran dan 1 blok yang menempatkan makmal ICT (aras 3) dan makmal sains (aras bawah, 1 dan 2). Selain daripada itu, SMKSU juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana sebagai kemudahan untuk pelaksanaan segala aktiviti dan program pendidikan yang dijalankan oleh warga sekolah termasuk dewan dan surau. Terdapat pondok keselamatan yang menempatkan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bagi memantau keselamatan pelajar dan persekitaran bangunan sekolah.
SMK Saujana Utama telah memulakan sesi petang pada tahun 2009. Pn Kamariah Bt Mohd telah dilantik menjadi Penolong Kanan Petang yang pertama dengan bilangan guru seramai 12 orang. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Petang sehingga tahun 2011. Pn Hajah Salina Bt Muhamad Said telah dilantik sebagai Penolong Kanan Petang menggantikan Pn Kamariah Bt Mohd yang telah bersara pada tahun 2012.
Pengetua pertama SMK Saujana Utama ialah Pn Che Kamaliah Bt Endud yang telah berkhidmat mulai 2003 – Disember 2006, diikuti oleh Tn Hj Najib B Ayub mulai Januari 2007 – Februari 2008, seterusnya Pn Salmah Bt Mohd Yassin pada Mac 2008 – Ogos 2010 dan diteruskan pula oleh En Hassan Abrar B Hj Halidi mulai Disember 2010 hingga April 2014. Mulai 9 Julai 2014 hingga Mei 2015, pengetua SMK Saujana Utama ialah En Shashim Shah B Harun. Manakala En Rasul Maideen Bin Haja Maideen memulakan perkhidmatannya pada Jun 2015 hingga Mei 2018. Seterusnya Pn Hjh Noor Hayati bt Embong dilantik menggantikan pengetua sebelum ini bermula
Pada tahun 2020, mengikut jumlah unjuran pelajar, bilangan pelajar SMK Saujana Utama dijangka seramai 3,400 orang dan bilangan guru ialah 204 orang. Dijangka bilangan kelas pada sesi petang adalah sebanyak 45 buah kelas, sesi pagi terdiri daripada 51 buah kelas dan 6 buah kelas Pendidikan Khas.
Semoga SMK Saujana Utama akan terus maju dan cemerlang dalam usaha melaksanakan misi dan visi sekolah ke arah melahirkan warga SMKSU yang BERDISIPLIN, BERPRESTIJ dan BESTARI. Insyallah.

Pn Hjh Noor Hayati Bt Embong
Pengetua

En Hasbe B Omar
GPK Kurikulum

Pn Fauziah bt Mohd
GPK HEM

Pn Suzanan bt Aris
GPK Kokurikulum

Pn Azidah bt Abdullah
GPK Pendidikan Khas

Pn Noraini bt Yakob
GPK Petang

Pn Sholiha bt Yacob
GKMP BAHASA

Pn Siti Maslinda Bt Syed Musa
gkmp SAINS & matematik

Pn Salwa Bt Tajuddin
gkmp teknik & vokasional

Pn Rozita Bt Mokhtar
gkmp KEMANUSIAAN
VOLUNTEER TEAM SUTAMA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ibubapa, alumni SUTAMA, (juga ibubapa yang anak pernah bersekolah di SUTAMA) dan komuniti dialu-alukan sertai kami VOLUNTEER TEAM SUTAMA. Group link👇👇https://chat.whatsapp.com/GhZnSVFiLazG0zczwOCtOv Tenaga sukarelawaan diperlukan...
Makluman waktu balik Merentas Desa
Murid SUTAMA akan balik secara berperingkat pada hari Jumaat 24/6/2022 seperti ketetapan dalam surat. Ibu bapa/penjaga dimohon untuk mengatur pengangkutan anak² tuan/puan. Sekian terima kasih.
Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Kolej Poly-Tech Mara Bangi bersama Sekolah Angkat
J A L I N A N K E R J A S A M A.. Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Kolej Poly-Tech Mara Bangi bersama Sekolah Angkat🌸 ❤️SMK Saujana Utama telah menjalin kerjasama dan menjadi sekolah angkat KPTM Bangi sejak tahun 2018 sehingga kini. ❤️Daripada 8 buah sekolah...
Semakan Keputusan SPM 2021
PERHATIAN UNTUK MURID TINGKATAN 5 / SPM 2021 🔴TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2021 Tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. 🌐Semakan keputusan melalui 3 cara bermula 10:00...
Makluman Waktu Persekolahan Baharu mulai 13 Jun 2022
M A K L U M A N kepada ibu bapa, penjaga, pengusaha van dan bas sekolah, Surat makluman Waktu Persekolahan Baharu mulai 13 Jun 2022 (Isnin). Mohon ambil maklum.
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke 15, 2022 : Amalan Terbaik Sutamaku Sejahtera
Saksikan pembentangan Tuan Pengetua Cemerlang dalam Kolokium di bawah. https://youtube.com/playlist?list=PLl4GD1H-T58vaMbBjXajXoqbKDtXSc3hF
PdPR
MAKLUMAN JADUAL PdPR TERKINI
(Mulai 17 November -18 Disember 2020) Berikut ialah jadual PdPR yang B A H A R U untuk tempoh tersebut, berK U A T K U A S A mulai 17 November 2020/Selasa. Harap maklum dan terima kasih.
Perkongsian Pengurusan PdPR
Saksikan secara lansung Pekongsian Amalan Terbaik Pengurusan PdPR oleh Pengetua SMK Saujana Utama pada jam 9.30 pagi 28.10.20 di: Youtube: bit.ly/pdprjpnsel2 Fb: bit.ly/pdprjpnsel1
Jadual Waktu PdPR (28 Oktober hingga 9 November 2020)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut ialah jadual PdPR yang baharu. Untuk makluman, ada sedikit perubahan subjek pada hari hari tertentu terutama bagi Ting 4 & 5. Harap maklum dan terima kasih.
NORMA BAHARU..!
Emerald Resource Centre, SUTAMA Library. Fungsi pss tetap berlangsung walaupun buat masa ini masih ditutup untuk kegunaan murid. . Epdpc secara atas talian 'Online'. Menggunakan Platform Google Classroom dan BBM Drawing Tablet. Virtual class using apps Gmeet. . Dengan...
PAKEJ RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN – SELANGORTUTOR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berita baik utk rakyat Selangor. *PERCUMA*. Tawaran pembelajaran secara maya, matapelajaran dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5 menerusi laman sesawang selangortutor.com (E-Learning) khusus kepada murid-murid di Negeri...
Lebih 60 Aplikasi Yang Hebat Untuk di Integrasikan Dengan Google Classroom
https://www.sistemguruonline.my/2020/01/lebih-60-aplikasi-yang-hebat-untuk-di-integrasikan-dengan-google-classroom.html
PT3
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
SPM
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Takwim Sekolah

Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
Warna Merah
Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat
BUNGA PADI
Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU
WARNA KUNING
Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah
BULATAN AKADEMIK
Melambangkan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij dan bestari demi Malaysia yang gemilang

MOTTO SEKOLAH
Berdisiplin, Berprestij, Bestari
WARNA BIRU TUA
Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum
WARNA PUTIH
Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh warga SMKSU dalam setiap kegiatan
WARNA HIJAU
Melambangkan persekitaran sekolah yang masih lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi
Lagu Sekolah
SMK SAUJANA UTAMA
INDAH CERIA MEMPESONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA
BERDISIPLIN AMALAN SEMUA
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAH NAN BERWAWASAN
KECEMERLANGAN DALAM PELAJARAN
KOKURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI
SMK SAUJANA UTAMA CEMERLANG
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAIMU TAK TERBANDING
DOA KAMI MENGIRING
GEMILANGLAH SEKOLAHKU SELAMANYA
Lagu Oleh : En Rosli Ahmad
Lirik Oleh : En Rosli Ahmad
Pn Che Kamaliah Bt Endud
(Mantan Pengetua SMK Saujana Utama 2003-2006)
Kami di SMK Saujana Utama sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara
VISI KAMI
Melahirkan Warga SMKSU Yang Berprestij
OBJEKTIF KAMI
- Menguruskan segala sumber dengan cekap dan optimum
- Membudayakan disiplin diri yang unggul dalam setiap tindakan
- Memantapkan amalan kerohanian dalam kehidupan
- Membina dan mempertingkatkan kemahiran jasmani dan intelek
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KAMI
Memaksimumkan Segala Potensi Sumber Melalui Pengurusan Program Pendidikan Secara Terancang Dan Berterusan
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Saujana Utama Sungai Buloh, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Meningkatkan prestasi kurikulum, sahsiah dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan
- Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
- Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan yang disediakan sempurna dan berfungsi
- Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk perjalanan proses pengajaran ke arah intergrasi
- Sentiasa mengamalkan konsep sekolah penyayang, bersih dan ceria untuk mewujudkan insan imaginatif, kreatif, inovatif, berinsiatif dan produktif
- Memberikan perkhidmatan terbaik dalam hal kebajikan murid, guru dan kakitangan sokongan
- Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik
SMK Saujana Utama lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%
Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%
Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0%
Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%
Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum
Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2
SMK Saujana Utama

Sekolah Menengah Saujana Utama
Persiaran Saujana 3, 47000, Sungai Buloh, Selangor