Dari meja Skuad inovasi Elit, alhamdulilah, hari ini kami bawakan sekali lagi perkhabaran gembira buat seluruh warga SUTAMA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Produk STROFLOOR telah melakar kejayaan gemilang dengan penganugerahan ‘GOLD MEDAL’ dalam WORLD INVENTION CREATIVITY OLYMPIC 2022 yang telah dianjurkan oleh badan professional KOREA UNIVERSITY INVENTION ASSOCIATION pada 4-6 OGOS yang lalu di mana penjurian penuh secara maya telah berlangsung dari Seoul, Korea Selatan.

Ternyata SUTAMA masih ampuh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Terima kasih atas sokongan semua pihak kepada pasukan inovasi SUTAMA. Mohon doa semua agar siri kejayaan ini berterusan dan terus melonjakkan nama SUTAMA dalam dunia pendidikan Malaysia.

‘SUTAMA THE CHAMPION’

%d bloggers like this: