Katanya, “Saya sentiasa meletakkan warga SUTAMA saya gred A bila kali pertama kita berjumpa. Terpulang kepada masing2 samaada untuk kekal di A atau lebih baik atau sebaliknya. Tetapi saya yakin warga SUTAMA adalah warga yang hebat” Begitulah dia..

Dan pada kami, boss kami bukan sekadar A dalam pengurusan dan pentadbirannya, tetapi A kepada APRESIASI nya terhadap seluruh warga SUTAMA. Paling penting, warga SUTAMA sentiasa di dalam doanya di setiap solatnya, dhuhanya dan masanya. Bagai dijampi2 kami menyayanginya.. 😊😊

Justeru, mana mungkin kami berhenti bekerja bersungguh2 dengan penuh kegembiraan walau ada tekanan. Mana mungkin juga kami berhenti dari terus menghargai boss kami.. membuatkan kejutan demi kejutan..

TAHNIAH BOSS .. atas penganugerahan Pengetua Cemerlang DG54..

Amaran Keras: Jangan cuba2 pindahkan boss kami ye … (risau SUTAMA banjir airmata)

%d bloggers like this: