Saujana Utama, 3 Februari 2020 – Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh telah merasmikan Kempen No Entry Jauhi Gejala Negatif Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama. Majlis telah dirasmikan oleh DSP Sarjuni Bin Maksud – Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Pemalsuan / Komplot / Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Selangor. Ceramah Jauhi Gejala Negatif telah disampaikan oleh ASP Raabuan Bin Mohd Ain – Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh yang dihadiri oleh 116 guru dan 1800 orang pelajar.Program Motivasi sahsiah – Kempen No Entry diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar pelajar tentang perlunya menjaga dan memelihara maruah diri, mendidik pelajar memperkasa jati diri dalam menghadapi alam remaja.#IPDSungaiBuloh#IPDSGB#PenugasanOscar#OscarSGB