Saujana Utama, 26 Februari 2020 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah telah mengadakan Op Didik bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama yang melibatkan 1 Pegawai Kanan dan 7 Pegawai Rendah Polis. Operasi bermula pada jam 1230 tengah hari dan berakhir 3 jam kemudian.

Seramai 72 orang dan 75 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi dijalankan manakala sebanyak 68 keping saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Selain itu, sebuah kereta dan 12 buah motosikal di bawa Balai Polis Saujana Utama untuk tindakan selanjutnya.

#IPDSungaiBuloh
#IPDSGB
#BSPT
#OPDIDIK

Sila klik url di bawah untuk koleksi gambar yang lebih menarik.

https://www.facebook.com/groups/559102117522737/permalink/2432106623555601/