Susulan tular surat sahih yang menyatakan panggilan guru untuk kembali bertugas selepas tamat cuti pertengahan tahun, PHM ingin mengambil peluang untuk memberi peringatan penting kepada semua warga sekolah yang akan kembali bertugas nanti.

Disebabkan sekolah ditinggalkan pada waktu yang lama, keadaan sekolah pada ketika ini adalah berisiko untuk anggota guru dan juga murid terutamanya penyakit Denggi.

Ketika ini, laman web idengue KKM banyak melaporkan kes-kes denggi berhampiran sekolah.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah:

✅Keadaan air bertakung terutamanya di dalam tangki dan lobang tandas adalah tempat kesukaan nyamuk Aedes membiak. Pam/flush tandas guru dan murid.

✅Keadaan persekitaran luar bangunan juga perlu dititikberatkan dengan melakukan pemusnahan tempat yang berpotensi untuk jentik-jentik hidup. Gotong royong boleh dilakukan asalkan “norma baru” dipraktikkan.

Selain daripada pencegahan COVID-19, adalah penting agar kita dapat juga melakukan aktiviti pencegahan denggi dan menyediakan tahap keselamatan dan persekitaran yang baik sebelum warga kerja sekolah dan murid kembali ke sekolah.

Public Health Malaysia