Di rumah, mereka anak anda.
Di sekolah, mereka anak kami.
Makan minum mereka, sama² kita jaga dan santuni.

Di setiap pagi yang mereka hadir untuk menduduki peperiksaan yang kali ini paling menguji akal, mental, rohani dan fizikal mereka, kami, guru² akan bekalkan sedikit alas perut untuk anak² ini.

Jika tidak sempat sarapan, usah risau, ada hidangan ringkas untuk mereka.

Yang penting, duduknya mereka semasa menjawab kertas peperiksaan, perut mrk tidak kosong.

Hari pertama SPM 2020 telah selesai.
Hari kedua, menanti esok hari.

Sepetang tadi, guru² Panitia Bahasa Inggeris SMKSU turun merewang menyediakan bekalan sarapan untuk 500++ calon SPM 2020.

Esok juga akan ada.
Dan seterusnya.
Selain sumbangan guru, PIBG juga turut menyumbang.
Ibu bapa dan individu serta beberapa pihak luar turut berkongsi rezeki.

Dan jika anda di luar sana, turut rasa ingin berkongsi rezeki dan menyantuni anak² kami, bolehlah berhubung dengan Puan Ina Rozali , Penyelaras Pekasih SUTAMA untuk sumbangan Sarapan kepada anak² SUTAMA yang sedang berjuang dalam SPM 2020.

%d bloggers like this: