Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah atas segala limpah kurnia dan rezeki dari-Nya.

Pertama kami ingin mengucapkan ribuan terima kepada Tuan YDP PIBG SMKSU, DATUK IR TS MOHD SYASWAN BIN SAMSUDIN atas sumbangan 20 biji bola sepak kepada pasukan bola sepak SUTAMA sempena kejohanan MSSD yang bakal berlangsung 24-28 Jun 2024. Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan pada petang tadi di padang keramat SUTAMA.

Dengan amanat dan kata-kata semangat dari Tuan YDP tadi, kami barisan jurulatih dan pengurusan pasukan amat barharap dapat membakar semangat juang pemain-pemain SUTAMA pada tahun ini.

Tidak lupa juga kepada tulang belakang kami, Tuan Pengetua kesayangan SUTAMA, Pn Hajah Noor Hayati Bt Embong KMN, yang sentiasa menyokong usaha kami untuk meningkatkan pencapaian sukan di SUTAMA terutamanya sukan bola sepak.

Tahun ini SUTAMA mencipta sejarah tersendiri dengan menghantar 2 pasukan bawah 18 tahun dan 1 pasukan bawah 15 tahun ke kejohanan MSSD Kuala Selangor. Kami yakin dengan bakat anak-anak SUTAMA, mereka mampu bersaing dalam kejohanan itu nanti.

Moga laungan SUTAMA THE CHAMPION bergema lagi di pentas final tahun ini.

#SUTAMA

#SUTAMATHECHAMPION

Kredit: Cikgu Aman & Cikgu Mohd Fauzi