Lawatan Penanda Aras SMK Saujana Utama ke Universitas Syiah Kuala Acheh, Indonesia merupakan lawatan balas setelah dua kali universitas ini hadir ke SMK Saujana Utama untuk melihat dan menimba ilmu berkaitan pengurusan sekolah. Begitu juga SMK Saujana Utama ke Universitas Kuala Acheh adalah bagi melihat pengurusan pusat pendidikan setelah Banda Acheh dilanda bencana tsunami 20 tahun yang lalu.