Objektif utama adalah untuk memilih KRU Media SMC yang berpotensi, proaktif, kreatif dan berbakat bagi mengetengahkan lagi bakat murid dalam bidang penyiaran.

Program Jelajah TVPSS ini terbahagi kepada 4 slot iaitu;

  1. Sesi taklimat
  2. Penilaian individu.
    Murid yang lulus dalam penilaian ini akan kekal untuk ke peringkat seterusnya.
  3. Penilaian kumpulan.
    Setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 host, videographer, editor dan fotographer akan diberi task yang serupa yang perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
  4. Rumusan penilaian.
    Sesi temuduga dimulakan dengan taklimat oleh cikgu Norell Meza. Semua murid di bahagikan mengikut kumpulan kemahiran masing-masing. Dan mereka mula bergerak mengikut stesen.

Setiap stesen diurus oleh KRU SENIOR dengan bimbingan oleh guru-guru SMC yang hebat dan pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya stesen pengacara, videographer, editor dan fotographer.

Stesen pengacara oleh Cikgu Farahniza Mustappaa dan Cikgu Raja Ati.
Stesen fotografi oleh Cikgu Norel dan Cikgu Bella dan
Stesen Videographer & Editor oleh Cikgu Syahmi dan Cikgu Inani.

Tahniah kepada murid yang terpilih untuk menyertai team SMC.
Tahniah semua guru dan kru senior yang terlibat. 🩷💜❤️

Kredit: Cikgu Siti Mariam Che Omar