Awaiting the final chapter of a distinguished career in education, marked by visionary leadership, unwavering dedication, and heartfelt service.
____________
C A T A T A N P E R I B A D I
Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, JP.
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Dan Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
T E N T A N G
Puan Hajah Noor Hayati binti Embong, k.m.n.
Pengetua Cemerlang SMk Saujana Utama.
Seorang pemimpin pendidikan berwawasan, berintegriti dan berjiwa pendidik, yang telah mencorak landskap kecemerlangan SMK Saujana Utama melalui kepimpinan yang tuntas, kasih sayang yang mendalam terhadap anak didik, serta iltizam yang tidak pernah luntur dalam mengangkat martabat pendidikan negara.
____________
S a t u :
*Dari Kelesuan ke Kecemerlangan Gemilang*
Minat saya dalam bidang pendidikan tidak pernah pudar walaupun saya telah bersara.
SUTAMA merupakan salah sebuah sekolah yang sentiasa menarik perhatian saya untuk menelusuri perkembangan pendidikannya dari semasa ke semasa.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga SMK Saujana Utama atas pencapaian yang begitu membanggakan. Sekolah ini bukan sahaja mencipta kejayaan dalam peperiksaan awam, tetapi juga menyerlah dalam bidang inovasi, sukan dan pembangunan sahsiah pelajar.
Di sebalik kejayaan ini, kita tidak boleh menafikan peranan besar Puan Hajah Noor Hayati Embong, seorang pemimpin pendidikan yang berwawasan, tegas tetapi penyayang, dan sentiasa meletakkan kemenjadian murid sebagai fokus utama.
Di bawah kepimpinan beliau, kita telah menyaksikan satu transformasi yang ketara. SUTAMA berubah daripada sebuah sekolah harian biasa menjadi sebuah sekolah luar bandar yang berprestasi tinggi, dihormati dan dicontohi.
Bagaimana ini berlaku?
Seperti yang dibuktikan dalam kajian kes atau penyelidikan, kepimpinan memainkan peranan yang penting.
Ia bermula dengan kepimpinan yang jujur, konsisten dan mempunyai hala tuju yang jelas.
Puan Hajah Noor Hayati Embong membina pasukan guru yang bersatu hati, menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan murid dan guru, serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan penuh kasih sayang.
Bukan mudah membina kejayaan seperti ini. Ia menuntut pengorbanan masa, ketekunan dan kepercayaan bahawa setiap murid, walau latar mana sekalipun , berhak diberi peluang untuk cemerlang.
Kini, hasilnya dapat kita lihat sendiri:
Anugerah demi anugerah, pengiktirafan di peringkat negeri dan antarabangsa, serta yang paling penting ,murid-murid yang keluar daripada SUTAMA bukan sahaja bijak, tetapi juga berbudi pekerti tinggi.
Tahniah, Warga SUTAMA.
Tahniah, Puan Hajah Noor Hayati.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik bahawa dengan kepimpinan yang berjiwa besar dan pasukan yang bersatu hati, tiada apa yang mustahil.
Tidak dinafikan bahawa kepimpinan mencorak sekolah dan kepimpinan penentu kejayaan sekolah.
Teruskan melakar kejayaan.
SUTAMA boleh!
Kata-kata pujian dan penghargaan dari
Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, JP
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan (2013-2015)
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (2015-2018)
___________
D u a :
Refleksi pemerhatian saya:
Kesan Kepimpinan
Puan Hajah Noor Hayati Embong Terhadap Kejayaan Sekolah.
Puan Hajah Noor Hayati Embong merupakan pengetua yang luar biasa, dikenali kerana kemampuannya mentransformasikan sekolah melalui kepimpinan yang berwawasan dan strategik. Di bawah kepimpinannya, sebuah sekolah biasa di luar bandar berjaya diangkat menjadi sebuah institusi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan penyertaan komuniti.
Beliau mengaplikasikan model kepimpinan transformasional, yang memberi penekanan kepada inspirasi, motivasi dalaman, dan pembangunan potensi individu dalam kalangan guru dan pelajar.
Beliau menetapkan visi yang jelas, membina semangat kerja berpasukan, serta memberi autonomi dan sokongan kepada guru untuk berkreativiti dan berinovasi dalam pengajaran.
Puan Hajah Noor Hayati juga berani melakukan perubahan, sama ada dari segi struktur organisasi sekolah, pendekatan pengajaran, ataupun pemerkasaan program kokurikulum. Dengan pendekatan ini, disiplin pelajar meningkat, pencapaian akademik melonjak dan semangat sekolah menjadi lebih positif dan progresif.
Beliau turut menjalin hubungan erat dengan ibu bapa dan komuniti setempat, menyedari bahawa sokongan luar pagar sekolah adalah penting dalam pembangunan pelajar. Kepimpinan beliau yang tegas namun berhemah menjadikan beliau dihormati bukan sahaja oleh warga sekolah, malah oleh pihak luar.
Kesungguhan beliau untuk terus belajar, membimbing dan memberi inspirasi menjadikan Puan Hajah Noor Hayati Embong bukan sekadar seorang pengetua cemerlang, tetapi seorang tokoh pendidikan yang membawa perubahan sebenar.
Segala amalan kepimpinan yang telah direkodkan dan diamalkan oleh Puan Hajah Noor Hayati Embong adalah selaras dengan dapatan kajian-kajian dalam bidang kepimpinan pendidikan yang menunjukkan keberkesanannya dalam membawa pembangunan dan kejayaan kepada sebuah sekolah.
Semoga Puan Hajah Noor Hayati Embong bersama dengan warga SUTAMA terus mengekalkan kecemerlangan demi kejayaan.
Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, JP
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan (2013-2015)
Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (2015-2018)
_________
#SUTAMAtheChampion
#daretobedifferent
#sutamagoingbeyond
#pengetuahebat
#menujupersaraanpenuhbergaya


Recent Comments