Cerita Orang Gagal (COG)

Kebosanan di hujung minggu? Kesian…. Masih ingat CERITA ORANG GAGAL (COG)? Kalau tak ingat.. Pergi ke FB Cerita Orang Gagal Ada gambar-gambar awak di sana . Jom kita sembang-sembang LIVE di FB CERITA ORANG GAGAL Pada 31.05.2020 (Ahad) Jam 11 pagi – 12.00 tengahari...

Selangkah Sutama

Mulai hari ini, QR code dan url disediakan di pondok pengawal keselamatan. Guru / AKP/ Pekerja/Pelawat yang ingin memasuki kawasan sekolah boleh scan dan tidak perlu menulis dalam buku pelawat. Buku pelawat hanya akan digunakan jika perkara tersebut tidak...

PELAJAR

GURU

KAKI TANGAN

KELAS

Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

SMK Saujana Utama telah dibuka pada 22 Mei 2003. SMK Saujana Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.

SMKSU mula beroperasi pada Jun 2003 (1 sesi persekolahan) dengan bilangan pelajar 65 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Ketika itu hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan 2. Namun dengan pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumahan Saujana Utama ini, bilangan pelajar di SMK Saujana Utama juga telah meningkat secara mendadak pada 7 buah kelas pada tahun 2004 dan tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2015 bilangan kelas dijangka mencecah 80 buah kelas.

SMK Saujana Utama mempunyai keluasan 12 ekar (486 hektar). Terdapat 7 bangunan termasuk blok-blok kelas, 1 blok pentadbiran dan 1 blok yang menempatkan makmal ICT (aras 3) dan makmal sains (aras bawah, 1 dan 2). Selain daripada itu, SMKSU juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana sebagai kemudahan untuk pelaksanaan segala aktiviti dan program pendidikan yang dijalankan oleh warga sekolah termasuk dewan dan surau. Terdapat pondok keselamatan yang menempatkan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bagi memantau keselamatan pelajar dan persekitaran bangunan sekolah. 

 

 

SMK Saujana Utama telah memulakan sesi petang pada tahun 2009. Pn Kamariah Bt Mohd telah dilantik menjadi Penolong Kanan Petang yang pertama dengan bilangan guru seramai 12 orang. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Petang sehingga tahun 2011. Pn Hajah Salina Bt Muhamad Said telah dilantik sebagai Penolong Kanan Petang menggantikan Pn Kamariah Bt Mohd yang telah bersara pada tahun 2012.

Pengetua pertama SMK Saujana Utama ialah Pn Che Kamaliah Bt Endud yang telah berkhidmat mulai 2003 – Disember 2006, diikuti oleh Tn Hj Najib B Ayub mulai Januari 2007 – Februari 2008, seterusnya Pn Salmah Bt Mohd Yassin pada Mac 2008 – Ogos 2010 dan diteruskan pula oleh En Hassan Abrar B Hj Halidi mulai Disember 2010 hingga April 2014. Mulai 9 Julai 2014 hingga Mei 2015, pengetua SMK Saujana Utama ialah En Shashim Shah B Harun. Manakala En Rasul Maideen Bin Haja Maideen memulakan perkhidmatannya pada Jun 2015 hingga Mei 2018. Seterusnya Pn Hjh Noor Hayati bt Embong dilantik menggantikan pengetua sebelum ini bermula

Pada tahun 2020, mengikut jumlah unjuran pelajar, bilangan pelajar SMK Saujana Utama dijangka seramai 3,400 orang dan bilangan guru ialah 204 orang. Dijangka bilangan kelas pada sesi petang adalah sebanyak 45 buah kelas, sesi pagi terdiri daripada 51 buah kelas dan 6 buah kelas Pendidikan Khas.

Semoga SMK Saujana Utama akan terus maju dan cemerlang dalam usaha melaksanakan misi dan visi sekolah ke arah melahirkan warga SMKSU yang BERDISIPLIN, BERPRESTIJ dan BESTARI. Insyallah.

Pn Hjh Noor Hayati Bt Embong

Pn Hjh Noor Hayati Bt Embong

Pengetua

En Hasbe B Omar

En Hasbe B Omar

GPK Kurikulum

Pn Fauziah bt Mohd

Pn Fauziah bt Mohd

GPK HEM

Pn. Norrizah binti Mohamed

Pn. Norrizah binti Mohamed

GPK Kokurikulum

En Hamsan B Jamion

En Hamsan B Jamion

GPK Pendidikan Khas

Pn Noor Raihan bt Mukhtaram

Pn Noor Raihan bt Mukhtaram

GPK Petang

Pn. Siti Fadhilah Bt Ali

Pn. Siti Fadhilah Bt Ali

GKMP BAHASA

Pn. Siti Maslinda Bt Syed Musa

Pn. Siti Maslinda Bt Syed Musa

gkmp SAINS & matematik

Pn. Salwa Bt Tajuddin

Pn. Salwa Bt Tajuddin

gkmp teknik & vokasional

Pn. Rozita Bt Mokhtar

Pn. Rozita Bt Mokhtar

gkmp KEMANUSIAAN

Berita Kami
PROGRAM KAPSUL RAMADHAN 2020/1441H- Siri 2

PROGRAM KAPSUL RAMADHAN 2020/1441H- Siri 2

INTEGRITI PENDIDIK DARI PERSPEKTIF AL-QURAN 9 Mei 202010 pagiGoogle Meet Penyampai:Encik Mohamad bin Mohd ZainPemegang Tauliah MAIS Anjuran:Panitia Pendidikan IslamSMK Saujana Utama

TAKLIMAT DAN PENJELASAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

TAKLIMAT DAN PENJELASAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Ramadhan Almubarak di Penghulu hari😍 Dalam tempoh PKP ini, sudah pasti anda semua menghabiskan banyak masa di rumah dengan pelbagai aktiviti. Cikgu pasti anak-anak mempunyai akses terhadap internet dan kemudahan gajet yang...

ePdPc

📚KUIZ INTERAKTIF GEOGRAFI

✏️ Latihan Berfokus Bahagian A Format PT3 (Soalan Objektif) 📚(Sumber : Buku Teks KSSM Geo Tingkatan 3) 🌐 http://anyflip.com/opsf/dbld/ TINGKATAN 3 🌎 Bab 3 - Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 🌐...

Ulangkaji Pendidikan Islam PT3

Ulangkaji Pendidikan Islam PT3

http://www.cikguhailmi.com/2020/03/pembelajaran-online-pendidikan-islam-spm.html https://sites.google.com/view/kuizpaipt3/home

Kuiz Asas Nombor SPM

Kuiz Asas Nombor SPM

Berikut adalah link untuk murid-murid SPM kita mengulangkaji subjek matematik 1449. Sebaik sahaja kuiz dijawab murid-murid akan memperolehi sijil pencapaian....

[Google Classroom] Class Code warga pendidik Sutama

[Google Classroom] Class Code warga pendidik Sutama

CIKGU SUZITAR (Sains Rumah Tangga - SRT) 5J : fcxvja4 5K : xf2usab 4H : aatfca3 4J : 7ksapch CIKGU NORMAHIZAN (Sains) 3C : w2mqb5k3K : yz5qcz34F : noy3egs5G : rwccn3a CIKGU NURUL AFIFA (Sains Komputer - SK) 5D : hnfoe6b5E : yfgyluy5F : nmij7la4F : al5mras CIKGU ROZITA...

[Digital Learning] Cara belajar guna google classroom

[Digital Learning] Cara belajar guna google classroom

✅PERCUMA !! ✅Kepada Semua Pendidik Malaysia Istimewa untuk guru-guru yang ingin mendalami ilmu Google Classroom sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Tutorial berdasarkan topik tujuan dan aktiviti seperti berikut : 🎥VIDEO💽 VIDEO🖥VIDEO💻VIDEO 🎞VIDEO📱 Eksplorasi -...

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah

Muat Turun Takwim Sekolah

Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun

Keterangan Lencana Sekolah

Warna Merah
Melambangkan keberanian, ketabahan, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di hati setiap warga SMKSU dalam mencapai sesuatu matlamat

BUNGA PADI
Melambangkan kemakmuran dan keharmonian dalam semua peringkat pengurusan SMKSU

WARNA KUNING
Melambangkan warga SMKSU sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah

BULATAN AKADEMIK
Melambangkan kesatuan dalam mencapai kecemerlangan akademik bagi melahirkan insan yang berdisiplin, berprestij dan bestari demi Malaysia yang gemilang

MOTTO SEKOLAH
Berdisiplin, Berprestij, Bestari

WARNA BIRU TUA
Melambangkan keharmonian dan ikatan perpaduan di kalangan warga SMKSU walaupun berbilang kaum

WARNA PUTIH
Melambangkan amalan nilai-nilai murni oleh warga SMKSU dalam setiap kegiatan

WARNA HIJAU
Melambangkan persekitaran sekolah yang masih lagi dikelilingi oleh suasana alam semulajadi

Lagu Sekolah

SMK SAUJANA UTAMA
INDAH CERIA MEMPESONA
WARGA BERKARISMA DAN BERWIBAWA
MELENGKAPI VISI HARAPAN NEGARA

BERDISIPLIN AMALAN SEMUA
BESTARI DALAM TINDAKAN
BERPRESTIJ SENTIASA BERIMAN SEMPURNA
SEKOLAH NAN BERWAWASAN

KECEMERLANGAN DALAM PELAJARAN
KOKURIKULUM JADI LANDASAN
SEIMBANG JASMANI ROHANI DIISI
BENTUK INSAN SYUMUL DAN TERPUJI

SMK SAUJANA UTAMA CEMERLANG
JASAMU PASTI SENTIASA DIKENANG
NILAIMU TAK TERBANDING
DOA KAMI MENGIRING
GEMILANGLAH SEKOLAHKU SELAMANYA

Lagu Oleh : En Rosli Ahmad

Lirik Oleh : En Rosli Ahmad
Pn Che Kamaliah Bt Endud
(Mantan Pengetua SMK Saujana Utama 2003-2006)

Objektif dan Misi Kami

Kami di SMK Saujana Utama sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

VISI KAMI

Melahirkan Warga SMKSU Yang Berprestij

OBJEKTIF KAMI
  • Menguruskan segala sumber dengan cekap dan optimum
  • Membudayakan disiplin diri yang unggul dalam setiap tindakan
  • Memantapkan amalan kerohanian dalam kehidupan
  • Membina dan mempertingkatkan kemahiran jasmani dan intelek
VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KAMI

Memaksimumkan Segala Potensi Sumber Melalui Pengurusan Program Pendidikan Secara Terancang Dan Berterusan

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Saujana Utama Sungai Buloh, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Meningkatkan prestasi kurikulum, sahsiah dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan
  • Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
  • Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan yang disediakan sempurna dan berfungsi
  • Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk perjalanan proses pengajaran ke arah intergrasi
  • Sentiasa mengamalkan konsep sekolah penyayang, bersih dan ceria untuk mewujudkan insan imaginatif, kreatif, inovatif, berinsiatif dan produktif
  • Memberikan perkhidmatan terbaik dalam hal kebajikan murid, guru dan kakitangan sokongan
  • Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik
Kemudahan Sekolah

SMK Saujana Utama lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif

Petunjuk Prestasi Utama Kami
KES PONTENG

Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%

KEDATANGAN MURID

Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%

KES DISIPLIN

Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0% 

KES MURID LEWAT

Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%

PEPERIKSAAN

Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum

 

SKOR KOMPOSIT

Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2

Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

SMK Saujana Utama

+ 603-60386997

Sekolah Menengah Saujana Utama

Persiaran Saujana 3, 47000, Sungai Buloh, Selangor